Wednesday, December 28, 2005

CERPEN : Kisah Kau dan Aku

Aku tak tahu kenapa dengan kau akhir-akhir ni. Berubah sangat. Tak seperti engkau yang aku kenali dahulu. Kau sering pulang rumah lewat. Pulang lewat dengan pakaian yang tidak terurus, dengan tanpa senyuman terpamer di wajah. Jelas..aku dapat lihat kau sedang dilanda masalah.

Mungkin tekanan di tempat kerja barumu. Tapi engkau tidak pernah menyuarakan apa-apa kepadaku. Tak pernah sekali pun kau luahkan masalah kau kepadaku. Mungkin benar tiada apa yang dapat ku bantu, tapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan masalahmu itu dapat meringankan beban yang kau tanggung seorang.

Tanpa sepatah kata, tanpa sekilas pandang, kau terus rebah di perbaringanmu dan terus terlena. Aku simpati melihatmu. Wajah yang penuh keletihan. Aku biarkan sahaja kau lena dibuai mimpi..

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?