Wednesday, December 28, 2005

* * * * * * * * * *

Pagi tadi kau terlewat bangun. Kau salahkan aku kerana tidak mengejutkanmu. Memang biasanya sudah menjadi tugasku setiap pagi mengejutkan dari tidur. Tapi, pagi tadi aku juga tidak terjaga dari tidurku. Lagipun, aku tidak sampai hati hendak mengganggu tidurmu yang lena itu. Aku tahu akhir-akhir ni kau sibuk. Tidak cukup rehat. Pulang rumah sudah pukul 2-3 pagi. Pukul 8 pagi keesokan harinya sudah bersiap ke tempat kerja.

Kau benar-benar marah padaku nampaknya. Kau keluar dari rumah tergesa-gesa. Pintu rumah kau hempaskan, kuat. Aku tergamam, hanya mampu memerhati tingkahmu.


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?