Wednesday, December 28, 2005

* * * * * * * * * *

Aku benar-benar tidak tahu yang hari ini adalah hari penting bagimu. Rupanya kau ada perjumpaan penting dengan pelangganmu pagi tadi. Kau mengamuk dan berteriak di rumah mengatakan ‘client’ kau lari. Ah, aku tidak faham.. Aku tak pernah tahu kehidupan di luar bagaimana. Tapi yang aku tahu, engkau benar-benar marah.

Aku yang tidak tahu apa-apa ini menjadi mangsa kemarahanmu. Kau herdik aku sepuasnya. Kau salahkan aku kerana pagi tadi aku tidak mengejutkan kau dari tidur. Kau tekan-tekan kepalaku..

“ Bodoh!!! Engkau tak boleh diharap langsung.. Tau makan tidur saja..” Kau tengking-tengking aku. Aku hanya mampu membisu seribu suara, menahan sebak di dada. Memang salahku. Maafkan aku..


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?